[email protected] produk baharu pelancongan

ASEH CHE MAT (kanan) menerima penyerahan kenderaan elektrik daripada Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sambal diperhatikan Alejandro Agag (dua dari kanan) dalam majlis penyerahan EV oleh CMS Consortium Sdn. Bhd., kepada Perbadanan Putrajaya dan Pelancaran Produk Pelancongan [email protected] di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

Sumber: Utusan – Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR – PUTRAJAYA 19 NOV.

[email protected] yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kereta berkuasa elektrik (EV) bakal menjadi produk pelancongan terbaharu Putrajaya apabila tarikan itu mula dibuka kepada orang ramai hujung bulan ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, produk pelancongan terbaharu itu direalisasikan setelah pihaknya menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama CMS Consortium Sdn. Bhd. (CMS) bagi membekalkan 12 unit EV.

Katanya, perjanjian itu membolehkan CMS membekalkan 12 unit EV terdiri daripada 10 kereta jenis Renault Twizy dan dua Renault Zoe yang masing-masing dilengkapi dengan kemudahan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem suara pemandu pelancong.

“Secara tidak langsung Putrajaya akan menjadi bandar pertama di negara ini menggunakan EV menerusi konsep bandar hijau melalui langkah pengurangan asap kenderaan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah berbayar mengikut masa ditetapkan dan kadarnya bakal dimaklumkan kemudian kerana perkara ini masih dalam perbincangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis penyerahan EV oleh CMS kepada PPj, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif CMS, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula E, Alejandro Agag.

Aseh berkata, selain menjadi tarikan pelancong, [email protected] turut berperanan menyokong usaha kerajaan dalam memelihara alam sekitar dengan menggalakkan penjimatan penggunaan bahan api.

[email protected] turut dilihat sebagai satu usaha menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Keratan akhbar Utusan Putrajaya guna EV